Khamis, 27 Oktober 2011

SALING INGAT MENGINGATKAN

Di pagi jumaat ni aku rasa tenang,aman dan damai sekali.terima kasih Allah kerana beri aku satu lagi nyawa untuk aku mengharungi hidup aku pada hari ini.Itulah doaku setiap kali bangun dari tidur.Syukur sgt2 padamu Ya Allah..
Kepada semua umat manusia di luar sana yang sedang melayari alam maya ini, harapan aku agar sama-samalah kita menghargai kehidupan yang dianugerahkan pada kita ini...hidup ni amat singkat sebenarnya...so hargailah diri anda dan juga org yg tersayang...elakkan membuat kejahatan dan perbanyakkan melakukan perkara kebaikan. Kadang-kadang dalam kita melayari bahtera hidup ini kita alpa dan leka dengan keseronokan yang hanya sementara ini..sebagai saudara sesama islam sama-samalah kita ingat-mengingatkan dan berpesan-pesan ke arah kebaikan.
Walau diri kita banyak kekurangan dan kelemahan namun pasti ada kebaikan dan kecantikan dalam diri kita yang kita sendiri tidak sedar akan kewujudannya..oleh itu banyakkanlah amalan zikir tak kira di mana jua agar sifat yang baik itu walau pun sedikit wujud dalam diri kita tapi akan kekal dan bercambah selam-lamanya selagi hayat di kandung badan. INGATLAH MATI ITU PASTI, HIDUP ITU INSYAALLAH. (dipinjam dari kata-kata novelis Ramlee Awang Murshid).